Pernahkah anda terfikir mengapa kebanyakan internet merketer baik di malaysia mahupun di serata dunia memiliki blog peribadi mereka? Adakah mereka semata-mata ingin menghabiskan masa mereka dengan blogging semata-mata atau mereka mempunyai tujuan yang lebih fokus kepada perniagaan mereka?

Jawapannya sudah pasti mereka tidak membuang masa mereka dengan blogging, kerana blogging adalah salah satu tempat untuk mereka mendapatkan pengaruh mereka dan membolehkan pelanggan mereka lebih mempunyai keyakinan untuk membeli produk dan perkhidmatan mereka.

Bagaimana blogging dapat meningkatkan jualan produk anda?

  1. Dengan cara blogging, pembaca dapat mengetahui produk-produk terkini yang anda lancarkan dan mengikuti tips-tips berkesan daripada produk yang anda lancarkan tersebut.
  2. Anda juga boleh memberitahu kepada bakal pembeli anda tetang kelebihan produk yang anda niagakan itu. Jadi prospek anda akan teruja dengan produk anda dan anda mungkin akan berpeluang mendapat jualan daripada nya.
  3. Anda boleh menunjukkan kredibiliti anda dalam penyampaian bahasa yang teratur dan juga meyakinkan dalam blog anda.
  4. Selain itu anda boleh memberikan info-info yang berguna yang mempunyai kaitan dengan produk yang anda niagakan.
  5. Dengan blogging juga prospek anda dapat menilai kebolehan anda dan membolehkan mereka menghubungi anda jika mereka mempunyai masalah untuk bertanya dan sebagainya. Dengan ini secara tidak langsung anda juga telah memberi jaminan bantuan sekiranya mereka memerlukan. Jadi mereka berasa lebih selesa untuk melanggan perkhidmatan anda atau membeli produk anda.
  6. Perhubungan yang terjalin di antara anda dan juga prospek anda membuatkan prospek anda bertambah yakin untuk membeli produk anda.
  7. Selain itu anda juga boleh mempelajari selok belok perniagaan internet kerana dengan blogging secara tak langsung anda akan berlajar mengenai SEO, Pengiklanan, Asas HTML dan sebagainya.
  8. Daripada sini anda mungkin akan mendapat cetusan-cetusan idea yang baru untuk produk anda yang akan datang.
Untuk mendapatkan idea-idea menjalankan bisnes di internet anda bolehla ke laman web ini==> Klik Sini.



hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/

Zaman sekarang ni macam-macam program scam muncul bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Sekarang ni orang berlumba-lumba menipu orang lain demi kepentingan sendiri. Terbaru website scam ialah emailtunai.com. Website ini saya baru dapat tahu melalui satu forum terkenal. Email tunai ini juga adalah satu program dimana anda perlu mengiklankan produk mereka kepada prospek yang baru.. huhu.. dah naik letih la saya buat menda nie... alih-alih yang kaya owner emailtunai.com jugak. Pasal dia dapat email orang lain dan spam email semua ahlinya.

ni screenshot yang saya dapat tunjuk kan kepada anda, Klik pada gambar untuk besarkan ;


website ini adalah website scam, jadi jangan sekali-kali anda terpengaruh dengannya. www.emailtunai.com

Memang kita akan dibayar tapi adakah berbaloi untuk mempromosikan website seperti ini? Anda fikir-fikirkan lah...



hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/

Dalam tahun 2003 saya pernah mengagumi seorang lelaki yang bernama ustaz arif apabila beliau menunjukkan kebolehan beliau untuk merawat penyakit orang awam yang menghidap batu karang dan lain-lain penyakit seperti migrain dan sebagainya dengan hanya menggunakan sebiji telur ayam kampung dan digosok-gosok ke bahagian sakit si pesakit dan telur itu kononnya akan menyerap batu karang tersebut dan apabila telur itu dipecahkan maka ternampaklah warna hitam atau warna merah seperti warna darah keluar bersama telur kuning.

Pada waktu tu saya amat terperanjat juga, saya sangkakan betul2 la si ustaz arif seorang yang betul-betul hebat. Kerana beliau pada waktu itu mendakwa yang beliau telah belajar bertahun-tahun dalam bidang persilatan termasuklah silat, silambab, kungfu dan sebagainya. Namun saya kira tuhan itu maha adil, dan dia juga tidak suka orang hambanya menipu orang ramai untuk mencari rezeki.

Memang saya betul-betul tidak menyangka yang orang yang bergelar ustaz sanggup menipu orang ramai demi kepentingan diri sendiri dan syarikat yang ditubuhkannya yang di beri nama Cakra Alam. Laman webnya saya kira sudah di tutup kerana bila saya cuba buka ia telah pun tidak dapat di akses lagi. http://www.cakraalam.com/

Seperti biasa, saya tidak akan menyuarakan sesuatu tanpa bukti, saya ceritakan ini untuk kebaikan kita semua rakyat malaysia supaya berhati-hati untuk mempercayai perubatan traditional seperti ini. Kebanyakan mereka ini sanggup menipu untuk mendapatkan wang. Saya terfikir apalah nasib si pesakit tersebut yang susah payah untuk mencari penawar alih-alih ditipu hidup2 orang orang-orang seperti ini. Bukankah menipu itu dosa yang besar?? Kasihat pesakit tersebut dah la sakit kena tipu lagi.... ish3.

Sila saksikan dua video ini untuk anda merenungkan dan berfikir sendiri kenyataan yang saya buat ini samada betul atau pun tidak.

Penipu bahagian 1



Penipu bahagian 2




Link Donwload Part1, Part 2


hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/


Ini lah perdapatan adsense saya sekarang. Huhuhu.. nampak menyedihkan tak?
Tapi ni lah hasil yang saya dapat bila blog saya telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jadi hampir 20 blog yang saya buat selama ini habis begitu sahaja. Kisahnya bermula begini, dulu saya sudah berjaya menghasilkan pendapatan daripada program google adsense ini, namun lebih kurang 3 bulan yang lepas apabila saya ingin login masuk ke dalam email saya tiba-tiba saya tak boleh nak login ke dalam email. Saya berasa agak hairan sebab saya rasa saya sudah taip username email gmail tersebut dengan betul dan tepat tapi mengapa saya tak dapat masuk ke dalam email saya sendiri. Lama kelamaan saya jadi buntu tak tau mengapa saya tak dapat login email saya sendiri. Puas sudah saya mencari jawapan dengan 'menggooglekan' masalah saya ni di internet, tapi tak jumpa jugak. Yang menyedihkan lagi ialah email saya tu adalah email yang saya gunakan untuk buat program google adsense ni. Dan keadaan bertambah buruk apabila saya juga menggunakan email yang sama untuk daftar blogger.com. Lebih daripada 20 buah blog saya hilang begitu sahaja. Puas saya cari jawapannya tapi sehinggalah ke hari ini saya masih lagi tidak jumpa jalan penyelesaian.

Mengapa saya masih tak jumpa jalan penyelesaian untuk masalah saya ini? bila saya fikir-fikir balik blogger.com tak menyediakan perkhidmatan untuk dapatkan semula blog yang telah di ambil alih oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab kerana mereka menyesyaki saya yang ingin menipu mereka pada sebenarnya saya teraniaya. Saya cuba menjelaskan apa yang berlaku kepada mereka namun jelas mereka sendiri tidak dapat membantu saya. Lagi satu masalah ialah tiada contact form yang saya jumpa di blogger help sebab semuanya hanyalah link ke forum blogger semata-mata. Jadi saya langsung takdapat meminta bantuan blogger sendiri. Walaupun saya faham blogger menerima beratus-ratus ribu email daripada customer namun bagi special case macam saya ni memang tak ada penyelesaian di mana-mana forum sekali pun yang saya jumpa.

Jadi daripada cerita saya ini dapatla anda buat pengajaran supaya jangan sesekali anda mendedahkan email utama anda kepada orang ramai. Jika email anda di hack oleh mereka yang tidak bertanggungjawab pasti anda akan berasa sangat-sangat sedih seperti apa yang saya rasa.

Tindakkan yang saya dapat ambil ialah saya telah membuat email gmail yang baru, dan memberitahu kepada google adsense support supaya mendaftarkan email baru saya ke akaun google adsense yang baru.

Jadi apakah tindakkan anda untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi seperti saya ini? walaupun saya sudah terkena seperti ini saya mempunyai jalan bagaimana perkara seperti ini boleh dielakkan. Cara nya... Anda perlula membuat email satu lagi yang dijadikan email promosi... kemudian anda setkan email kedua tadi sentiasa forwardkan email dari inbox nya ke email utama anda... Contohnya email daripada admin@ikhtiar.my-vemma.biz di forwardkan kepada etia86@gmail.com. Daripada sini anda telah menyorokkan email anda daripada pengetahuan hackers.


Ps:// Pengajaran ini amat-amat penting bagi semua orang yang menjalankan perniagaan internet. Jangan sesekali mendedahkan email utama kita kepada orang lain.

Pernahkah anda terfikir orang muda berumur 20an menjadi seorang millionaire dengan usaha titik peluh diorang sendiri malah dengan hanya menggunakan medium internet??
memang susah nak mempercayai apa yang saya katakan bukan?
tapi inilah sebenarnya kenyataan yang berlaku di zaman abad ke 20 ini. Sekarang zaman dah mempunyai kecanggihan teknologi yang hebat. Kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja hanya dengan menggunakan komputer riba dimana-mana tidak kira dimana anda berada asalkan ada talian internet. Saya bukan bercakap kosong malah saya akan menunjukkan kepada anda buktinya melalui listing yang dibuat di http://www.retireat21.com/top-young-entrepreneurs/

  1. Mark Zuckerberg 23years old website : www.facebook.com Profit : USD700Million
  2. Andrew Gower 28yearsold website : www.runescape.com Profit : USD650 Million
  3. Chad Hurley 30yearsold website : www.youtube.com Profit : USD300 Million
  4. Blake Ross and David Hyatt 22yearsold website : www.mozila.com Profit : USD120 Million
  5. Andrew Michael 29yearsold website : www.fasthosts.co.uk Profit : USD110 Million
  6. Angelo Sotira 26 yearsold website : www.deviantart.com Profit : USD75 Million
  7. John Vechey 28yearsold website : www.popcap.com Profit : USD60 Million
  8. Alexander Levin 23yearsold website : www.imageshack.us Profit : USD56 Million

Pengenalan Diri


Assalamualaikum pembaca blog sekalian dan salam sejahtera bagi yang bukan beragama islam,
tujuan saya menulis blog ini adalah untuk meluahkan perasaan saya dalam kehidupan yang penuh mencabar ini sebagai penulis blog yang cube berusaha untuk mencari wang daripada internet melalui medium blogging ini.

Dalam blog ini saya akan ceritakan pengalaman saya menulis blog dan pendapat-pendapat saya tentang program-program menjana wang di internet yang saya sertai. Anda boleh memanfaatkan ilmu yang saya tulis disini untuk tujuan kebaikan anda dan mungkin buat rujukan anda dalam menjayakan perniagaan internet anda.

Mungkin tidak ramai yang mengenali diri saya kerana saya sebenarnye belum pernah mempunyai blog peribadi seperti ini untuk memboleh kan pengunjung blog saya mengenal diri saya. Sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya memblogging dan sudah berjaya menjana wang di internet melalui program-program yang saya sertai di internet ini...

Mengapa saya memilih untuk menjalankan perniagaan internet dan bukan perniagaan di dunia nyata??
Jawapanya mudah, kerana saya masih lagi seorang pelajar di salah sebuah universiti tempatan dan tidak mempunyai modal aptah lagi untuk memulakan perniagaan yang memerlukan modal yang besar.

impian saya ingin memiliki perniagaan saya sendiri, iaitu ingin memiliki sebuah kedai komputer dan alat-alat kemudahan komputer. Mengapa saya berimpian seperti ini?? sebenarnya saya memang minat dengan komputer sejak dibangku sekolah lagi, jadi saya mula belajar-belajar sendiri tentang komputer ni kerana minat saya... tujuan saya membuat perniagaan internet ini hanyalah untuk menambahkan pendapatan saya sebagai seorang student. Dan insyaallah jika murah rezeki panjang umur saya ingin melanjutkan perlajaran saya di bidang komputer ini.

Bagi anda yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini di harap anda berusaha keras seperti saya untuk menjana pendapatan masing-masing.

Akhir kata, semoga anda berjaya dalam apa jua yang anda usahakan dan tolong doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Menurut hadis yang saya pernah terdengar "tiada apa yang dapat melanjutkan usia seseorang melainkan dengan kebaikan" Jadi jika anda mahu hidup lebih lama saya syorkan biasa-biasakan diri anda melakukan kebaikan.