Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua tentang bagaimana anda boleh download rapidshare link dengan menggunakan rapidleech ini seperti premium download. Saya telah lama menggunakan rapidleech ini, tapi sebelum ini saya tidak pernah berkongsikan ilmu saya ini kepada sesiapa pun, namun untuk hari ini hati saya tergerak untuk berkongsikan ilmu ini kepada anda semua kerana saya tidak mahu anda semua ketinggalan dengan teknik ini. Dengan adanya teknik ini anda mungkin akan mendapat manfaat kebaikan rapidleech seperti berikut ;

  1. Anda boleh menggukan mendownload link rapidshare sebanyak yang anda mahu.
  2. anda akan mempunyai dua ip address dimana ip yang pertama adalah di ip internet anda dan yang kedua ip di server rapidleech anda.
  3. Anda boleh mendownload link rapidshare lebih laju dengan hanya menggunakan rapidleech.
  4. ketika anda mendownload file rapidshare, proses mendownload tidak akan putus walaupun anda mempunyai connection internet yang lemah. Hal ini mungkin terjadi jika dan hanya jika connection internet anda terputus maka barulah prosess download anda akan terputus.
  5. Tidak perlu membayar wang kepada rapidshare untuk anda mendownload file di rapidshare.
  6. Tidak perlu membuat akaun paypal dan mengesahkan paypal menggunakan kad debit untuk membayar rapidshare.
Namun, setiap ciptaan manusia itu pasti ada kelemahannya tersendiri, begitu juga dengan rapidleech ini, walaupun terdapat banyak kebaikan tentang rapidleech ini, namun ia juga tidak ketinggalan mempunyai beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan.
Antara kelemehan yang saya dapati di rapidleech ini ialah seperti berikut ;

  1. Untuk mendownload file menggunakan rapidleech ini, anda terpaksa mendownload kedua tempat, iaitu mendownload ke server terlebih dahulu sebelum anda dapat dapat download ke PC anda. Maknanya anda perlu buat dua kali kerja.
  2. Adakalanya file yang anda download menggunakan rapidleech ini tidak dapat di detect di port80, dengan kata lain ada file tertentu anda tidak boleh download dengan menggunakan rapidleech. Jika hal ini berlaku anda perlu menggunakan manual download seperti biasa sahaja.
Namun demikian, rapidleech adalah sangat berguna jika anda ialah seorang yang extreme download. Jangan lupa untuk mencuba rapidleech ini ok? =)

Jadi, bagaimana untuk anda mendapatkan rapidleech ini dan bagaimana untuk anda install rapidleech?
Baiklah, rapidleech bukanla software biasa dimana anda perlu install di PC seperti biasa dan klik next dan sebagainya, Rapidleech anda perlu install di server. Anda perlukan server anda sendiri untuk install rapidleech. Anda boleh dapatkan script rapidleech ini di sini ==> http://www.rapidleech.com/

Anda bolehlah download script tersebut dengan register terlebih dahulu di forum yang saya berikan diatas, Cara-cara untuk install rapidleech ini terdapat juga didalam forum tersebut. Namun disini saya memberikan anda ebook percuma cara-cara untuk install script tersebut. Sila download disini ==> http://www.megaupload.com/?d=8E32EICI



hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya sekalian... di sini saya mengumumkan akan bergiat aktif semula di dalam dunia perniagaan internet setelah sekian lama saya meninggalkan bidang ini demi untuk menumpukan pelajaran saya.

Jika anda membaca post-post saya yang telah lalu anda pasti tahu yang saya ini sebenarnya sudah lama menggiatkan diri di dalam bidang perniagaan internet ini, namun sejak kebelakangan ini saya terpaksa menangguhkan niat saya untuk terlalu mengejar wang di internet kerana saya masih lagi belajar di salah sebuah IPTA di malaysia ini. Jadi saya terpaksa menumpukan sepenuhnya pelajaran saya memandangkan subjek yang saya ambil untuk sem ini adalah sangat-sangat susah.

Mungkin juga kita dapat lihat ramai usahawan-usahawan internet yang masih belajar namun berjaya mendapat pendapatan yang mencecah ribuan ringgit, malah mungkin juga tidak lagi perlu bekerja makan gaji apabila mereka telah habis belajar di universiti kelak. seperti rakan sebaya saya ini. Beliau telah pun mendapat pendapatan yang benilai ribuan ringgit malah beliau jugak telah berjaya membeli sebuah kereta idaman beliau dikala masih lagi belajar. Mungkin ramai telah mengenali beliau kerana beliau bukan lah orang baru dalam bidang internet ini.

Di sini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang beliau, mungkin ada manfaat kepada pembaca blog saya ini. Beliau ialah roomate saya, yang mana kami menyewa kondominium bersama dengan 4 orang rakan seuniversiti kami. Apa yang membuatkan saya agak taksub dengan beliau ialah bagaimana cara beliau membahagikan masa untuk belajar dan juga buat perniagaan. Kami dah jagi roomate untuk lebih daripada 6 bulan, jadi saya memang cukup-cukup kenal perangai beliau, Beliau memang seorang yang bertanggungjawab baik dari segi perniagaan mahupun tanggungjawab beliau sebagai seorang student. Kejayaan yang diperolehi oleh beliau bukan sahaja didalam bidang perniagaan internet malah dalam bidang pelajaran juga beliau agak berjaya dikalangan rakan-rakan yang lain walaupun rakan-rakan saya yang lain tidak mengikuti jejak langkah kami dengan menceburi bidang perniagaan internet ini.
Jadi saya hanya berharap beliau dapat berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.

Selain itu, suka saya mendedahkan beberapa orang internet marketer yang masih lagi belajar dan menggunakan medium internet untuk menambah duit poket.

  1. Naim (diari adsense)
  2. Nasoha (Blog Vemma)
  3. Zainudin (Din Beramboi)
  4. Team Flare Biz (Flare Biz)
  5. dan ramai lagi yang saya tak kenal... Kalu nak saya bubuh nama kat sini buleh contact saya k.
Saya juga ada belajar beberapa perkara yang penting bagaimana untuk menguruskan masa kita dengan cemerlang. Yang penting dalam hidup ini adalah buatlah sesuatu yang kita inginkan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu. Insyaallah suatu hari nanti kita pasti jugak akan berada dipuncak kejayaan dan jangan sesekali kita menurut kata-kata rakan-rakan kita yang selalu melekeh-lekehkan kita. Kita perlu membuat perancangan untuk hidup kita ini dan bukan menurut apa rancangan yang diutarakan oleh rakan-rakan kita. Semoga anda yang bercita-cita untuk berjaya juga akan mejejaki jejak langkah mereka yang berjaya. Selagi kita berusaha berdoa dan bertawakal insyaallah kita akan berjaya.

Jadi, Dengan bismillahirahmanirahim, Azam saya kali ini adalah untuk berjaya dalam kedua-dua bidang, iaitu pelajaran dan juga perniagaan yang saya jalankan. Saya akan memulakan perniagaan saya ini dengan memulakan bisnes tempahlaman web yang telah lama saya ingin buat tapi tertangguh-tangguh akibat dari kesibukan saya sendiri. Jadi bagi sesiapa sahaja yang ingin menempah apa-apa jenis laman web saya boleh buatkan untuk anda. Sila liha pakej yang saya sediakn disini ==> www.tempahlamanweb.com




hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/