Blog ini di hidupkan semula.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya sekalian... di sini saya mengumumkan akan bergiat aktif semula di dalam dunia perniagaan internet setelah sekian lama saya meninggalkan bidang ini demi untuk menumpukan pelajaran saya.

Jika anda membaca post-post saya yang telah lalu anda pasti tahu yang saya ini sebenarnya sudah lama menggiatkan diri di dalam bidang perniagaan internet ini, namun sejak kebelakangan ini saya terpaksa menangguhkan niat saya untuk terlalu mengejar wang di internet kerana saya masih lagi belajar di salah sebuah IPTA di malaysia ini. Jadi saya terpaksa menumpukan sepenuhnya pelajaran saya memandangkan subjek yang saya ambil untuk sem ini adalah sangat-sangat susah.

Mungkin juga kita dapat lihat ramai usahawan-usahawan internet yang masih belajar namun berjaya mendapat pendapatan yang mencecah ribuan ringgit, malah mungkin juga tidak lagi perlu bekerja makan gaji apabila mereka telah habis belajar di universiti kelak. seperti rakan sebaya saya ini. Beliau telah pun mendapat pendapatan yang benilai ribuan ringgit malah beliau jugak telah berjaya membeli sebuah kereta idaman beliau dikala masih lagi belajar. Mungkin ramai telah mengenali beliau kerana beliau bukan lah orang baru dalam bidang internet ini.

Di sini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang beliau, mungkin ada manfaat kepada pembaca blog saya ini. Beliau ialah roomate saya, yang mana kami menyewa kondominium bersama dengan 4 orang rakan seuniversiti kami. Apa yang membuatkan saya agak taksub dengan beliau ialah bagaimana cara beliau membahagikan masa untuk belajar dan juga buat perniagaan. Kami dah jagi roomate untuk lebih daripada 6 bulan, jadi saya memang cukup-cukup kenal perangai beliau, Beliau memang seorang yang bertanggungjawab baik dari segi perniagaan mahupun tanggungjawab beliau sebagai seorang student. Kejayaan yang diperolehi oleh beliau bukan sahaja didalam bidang perniagaan internet malah dalam bidang pelajaran juga beliau agak berjaya dikalangan rakan-rakan yang lain walaupun rakan-rakan saya yang lain tidak mengikuti jejak langkah kami dengan menceburi bidang perniagaan internet ini.
Jadi saya hanya berharap beliau dapat berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.

Selain itu, suka saya mendedahkan beberapa orang internet marketer yang masih lagi belajar dan menggunakan medium internet untuk menambah duit poket.

  1. Naim (diari adsense)
  2. Nasoha (Blog Vemma)
  3. Zainudin (Din Beramboi)
  4. Team Flare Biz (Flare Biz)
  5. dan ramai lagi yang saya tak kenal... Kalu nak saya bubuh nama kat sini buleh contact saya k.
Saya juga ada belajar beberapa perkara yang penting bagaimana untuk menguruskan masa kita dengan cemerlang. Yang penting dalam hidup ini adalah buatlah sesuatu yang kita inginkan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu. Insyaallah suatu hari nanti kita pasti jugak akan berada dipuncak kejayaan dan jangan sesekali kita menurut kata-kata rakan-rakan kita yang selalu melekeh-lekehkan kita. Kita perlu membuat perancangan untuk hidup kita ini dan bukan menurut apa rancangan yang diutarakan oleh rakan-rakan kita. Semoga anda yang bercita-cita untuk berjaya juga akan mejejaki jejak langkah mereka yang berjaya. Selagi kita berusaha berdoa dan bertawakal insyaallah kita akan berjaya.

Jadi, Dengan bismillahirahmanirahim, Azam saya kali ini adalah untuk berjaya dalam kedua-dua bidang, iaitu pelajaran dan juga perniagaan yang saya jalankan. Saya akan memulakan perniagaan saya ini dengan memulakan bisnes tempahlaman web yang telah lama saya ingin buat tapi tertangguh-tangguh akibat dari kesibukan saya sendiri. Jadi bagi sesiapa sahaja yang ingin menempah apa-apa jenis laman web saya boleh buatkan untuk anda. Sila liha pakej yang saya sediakn disini ==> www.tempahlamanweb.com




hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment