Pernahkah anda terfikir mengapa kebanyakan internet merketer baik di malaysia mahupun di serata dunia memiliki blog peribadi mereka? Adakah mereka semata-mata ingin menghabiskan masa mereka dengan blogging semata-mata atau mereka mempunyai tujuan yang lebih fokus kepada perniagaan mereka?

Jawapannya sudah pasti mereka tidak membuang masa mereka dengan blogging, kerana blogging adalah salah satu tempat untuk mereka mendapatkan pengaruh mereka dan membolehkan pelanggan mereka lebih mempunyai keyakinan untuk membeli produk dan perkhidmatan mereka.

Bagaimana blogging dapat meningkatkan jualan produk anda?

  1. Dengan cara blogging, pembaca dapat mengetahui produk-produk terkini yang anda lancarkan dan mengikuti tips-tips berkesan daripada produk yang anda lancarkan tersebut.
  2. Anda juga boleh memberitahu kepada bakal pembeli anda tetang kelebihan produk yang anda niagakan itu. Jadi prospek anda akan teruja dengan produk anda dan anda mungkin akan berpeluang mendapat jualan daripada nya.
  3. Anda boleh menunjukkan kredibiliti anda dalam penyampaian bahasa yang teratur dan juga meyakinkan dalam blog anda.
  4. Selain itu anda boleh memberikan info-info yang berguna yang mempunyai kaitan dengan produk yang anda niagakan.
  5. Dengan blogging juga prospek anda dapat menilai kebolehan anda dan membolehkan mereka menghubungi anda jika mereka mempunyai masalah untuk bertanya dan sebagainya. Dengan ini secara tidak langsung anda juga telah memberi jaminan bantuan sekiranya mereka memerlukan. Jadi mereka berasa lebih selesa untuk melanggan perkhidmatan anda atau membeli produk anda.
  6. Perhubungan yang terjalin di antara anda dan juga prospek anda membuatkan prospek anda bertambah yakin untuk membeli produk anda.
  7. Selain itu anda juga boleh mempelajari selok belok perniagaan internet kerana dengan blogging secara tak langsung anda akan berlajar mengenai SEO, Pengiklanan, Asas HTML dan sebagainya.
  8. Daripada sini anda mungkin akan mendapat cetusan-cetusan idea yang baru untuk produk anda yang akan datang.
Untuk mendapatkan idea-idea menjalankan bisnes di internet anda bolehla ke laman web ini==> Klik Sini.



hubungi saya untuk keterangan lanjut dan bonus peribadi:
YM: etia86
0173134876
http://ikhtiar.my-vemma.biz
http://ikhtiaruddin.blogspot.com/

2 Comments:

  1. Sabrina said...
    admin,exchangelink boleh?
    Sabrina said...
    admin, ni address blog sy >> http://insuranceport.blogspot.com

Post a Comment