Pendapatan Google Adsense Saya


Ini lah perdapatan adsense saya sekarang. Huhuhu.. nampak menyedihkan tak?
Tapi ni lah hasil yang saya dapat bila blog saya telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jadi hampir 20 blog yang saya buat selama ini habis begitu sahaja. Kisahnya bermula begini, dulu saya sudah berjaya menghasilkan pendapatan daripada program google adsense ini, namun lebih kurang 3 bulan yang lepas apabila saya ingin login masuk ke dalam email saya tiba-tiba saya tak boleh nak login ke dalam email. Saya berasa agak hairan sebab saya rasa saya sudah taip username email gmail tersebut dengan betul dan tepat tapi mengapa saya tak dapat masuk ke dalam email saya sendiri. Lama kelamaan saya jadi buntu tak tau mengapa saya tak dapat login email saya sendiri. Puas sudah saya mencari jawapan dengan 'menggooglekan' masalah saya ni di internet, tapi tak jumpa jugak. Yang menyedihkan lagi ialah email saya tu adalah email yang saya gunakan untuk buat program google adsense ni. Dan keadaan bertambah buruk apabila saya juga menggunakan email yang sama untuk daftar blogger.com. Lebih daripada 20 buah blog saya hilang begitu sahaja. Puas saya cari jawapannya tapi sehinggalah ke hari ini saya masih lagi tidak jumpa jalan penyelesaian.

Mengapa saya masih tak jumpa jalan penyelesaian untuk masalah saya ini? bila saya fikir-fikir balik blogger.com tak menyediakan perkhidmatan untuk dapatkan semula blog yang telah di ambil alih oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab kerana mereka menyesyaki saya yang ingin menipu mereka pada sebenarnya saya teraniaya. Saya cuba menjelaskan apa yang berlaku kepada mereka namun jelas mereka sendiri tidak dapat membantu saya. Lagi satu masalah ialah tiada contact form yang saya jumpa di blogger help sebab semuanya hanyalah link ke forum blogger semata-mata. Jadi saya langsung takdapat meminta bantuan blogger sendiri. Walaupun saya faham blogger menerima beratus-ratus ribu email daripada customer namun bagi special case macam saya ni memang tak ada penyelesaian di mana-mana forum sekali pun yang saya jumpa.

Jadi daripada cerita saya ini dapatla anda buat pengajaran supaya jangan sesekali anda mendedahkan email utama anda kepada orang ramai. Jika email anda di hack oleh mereka yang tidak bertanggungjawab pasti anda akan berasa sangat-sangat sedih seperti apa yang saya rasa.

Tindakkan yang saya dapat ambil ialah saya telah membuat email gmail yang baru, dan memberitahu kepada google adsense support supaya mendaftarkan email baru saya ke akaun google adsense yang baru.

Jadi apakah tindakkan anda untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi seperti saya ini? walaupun saya sudah terkena seperti ini saya mempunyai jalan bagaimana perkara seperti ini boleh dielakkan. Cara nya... Anda perlula membuat email satu lagi yang dijadikan email promosi... kemudian anda setkan email kedua tadi sentiasa forwardkan email dari inbox nya ke email utama anda... Contohnya email daripada admin@ikhtiar.my-vemma.biz di forwardkan kepada etia86@gmail.com. Daripada sini anda telah menyorokkan email anda daripada pengetahuan hackers.


Ps:// Pengajaran ini amat-amat penting bagi semua orang yang menjalankan perniagaan internet. Jangan sesekali mendedahkan email utama kita kepada orang lain.

3 Comments:

  1. sandra said...
    aduh bro kurang fhm la care cane nk forward email tu. bole trgkan gn lebey lanjut x bro?
    akuchey said...
    ada juga income tu..sy nie belum merasa ist income lg.nak tunggu 50 dollar lambatnya...
    http://panduan-internet-percuma.blogspot.com
    gnesop said...
    nasib dah wat emel adsense lain dan emel terima news lain..
    kalau blom buat, mesti kena buat, tak nak jd cam saudara

Post a Comment