Pengenalan Diri


Assalamualaikum pembaca blog sekalian dan salam sejahtera bagi yang bukan beragama islam,
tujuan saya menulis blog ini adalah untuk meluahkan perasaan saya dalam kehidupan yang penuh mencabar ini sebagai penulis blog yang cube berusaha untuk mencari wang daripada internet melalui medium blogging ini.

Dalam blog ini saya akan ceritakan pengalaman saya menulis blog dan pendapat-pendapat saya tentang program-program menjana wang di internet yang saya sertai. Anda boleh memanfaatkan ilmu yang saya tulis disini untuk tujuan kebaikan anda dan mungkin buat rujukan anda dalam menjayakan perniagaan internet anda.

Mungkin tidak ramai yang mengenali diri saya kerana saya sebenarnye belum pernah mempunyai blog peribadi seperti ini untuk memboleh kan pengunjung blog saya mengenal diri saya. Sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya memblogging dan sudah berjaya menjana wang di internet melalui program-program yang saya sertai di internet ini...

Mengapa saya memilih untuk menjalankan perniagaan internet dan bukan perniagaan di dunia nyata??
Jawapanya mudah, kerana saya masih lagi seorang pelajar di salah sebuah universiti tempatan dan tidak mempunyai modal aptah lagi untuk memulakan perniagaan yang memerlukan modal yang besar.

impian saya ingin memiliki perniagaan saya sendiri, iaitu ingin memiliki sebuah kedai komputer dan alat-alat kemudahan komputer. Mengapa saya berimpian seperti ini?? sebenarnya saya memang minat dengan komputer sejak dibangku sekolah lagi, jadi saya mula belajar-belajar sendiri tentang komputer ni kerana minat saya... tujuan saya membuat perniagaan internet ini hanyalah untuk menambahkan pendapatan saya sebagai seorang student. Dan insyaallah jika murah rezeki panjang umur saya ingin melanjutkan perlajaran saya di bidang komputer ini.

Bagi anda yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini di harap anda berusaha keras seperti saya untuk menjana pendapatan masing-masing.

Akhir kata, semoga anda berjaya dalam apa jua yang anda usahakan dan tolong doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Menurut hadis yang saya pernah terdengar "tiada apa yang dapat melanjutkan usia seseorang melainkan dengan kebaikan" Jadi jika anda mahu hidup lebih lama saya syorkan biasa-biasakan diri anda melakukan kebaikan.

0 Comments:

Post a Comment